PENDAFTARAN KURSUS | FIFTH COLLEGE
» NEWS » PENDAFTARAN KURSUS

PENDAFTARAN KURSUS

Pendaftaran Kursus bermaksud pendaftaran untuk setiap kursus pengajian, dan termasuklah perubahan kursus pengajian melalui Sistem Maklumat Pelajar (SMP). Pelajar hendaklah membuat pendaftaran kursus, mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah 6 (Perkara Akademik Prasiswazah 2014), bagi Program Pengajiannya dalam tempoh pendaftaran kursus bagi tujuan penerusan pengajian dan pemelajarannya di Universiti pada semester berikutnya dan bagi tujuan mengekalkan pendaftaran berterusannya. Tempoh masa pendaftaran kursus bermula pada hari pertama minggu kedua belas sesuatu semester dan tamat pada hari terakhir minggu keempat belas semester tersebut atau tempoh masa lain yang ditetapkan oleh Universiti.  Bagi kursus yang mempunyai prasyarat pula, ianya boleh didaftarkan setelah mendapat ‘gred’ kursus prasyarat tersebut. (Sekiranya kursus prasyarat sedang diikuti, pelajar boleh mendaftar sehari selepas mesyuarat Senat mengenai keputusan peperiksaan akhir diumumkan atau awal semester berikutnya (minggu pertama semester berikut).  

Pelajar yang tidak melakukan apa-apa pendaftaran awal (pada dua tempoh di atas) hanya diberi tempoh pendaftaran selama satu minggu sahaja pada awal semester berikutnya). Yang dikatakan sebagai pendaftaran kursus lewat pula adalah pendaftaran kursus yang dilakukan selepas tempoh pendaftaran kursus yang ditetapkan (minggu kedua belas sesuatu semester dan tamat pada hari terakhir minggu keempat belas semester tersebut); pelajar yang tidak membuat pendaftaran kursus dalam tempoh pendaftaran kursus, boleh membuat pendaftaran kursus lewat pada sepanjang dua minggu pertama semester bermula. Pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus lewat sepanjang tempoh minggu pertama semester berikut bermula, hendaklah mendapatkan kelulusan Dekan Fakulti pelajar berkenaan sebelum membuat pendaftaran kursus lewat. Pelajar yang hendak membuat pendaftaran kursus lewat selepas tamat minggu pertama semester berikut bermula, hendaklah selain mendapatkan kelulusan Dekan Fakulti pelajar tersebut, membuat bayaran denda pendaftaran kursus lewat sebanyak RM50.00 bagi setiap kursus pengajian yang ingin didaftarkannya. Peruntukan dalam kaedah 6, 7, dan 8 dalam Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai mutatis mutandis, kepada pelajar yang membuat pendaftaran kursus lewat. Pelajar yang tidak mendaftar di dalam SMP selepas minggu kedua semester dibuka akan digugurkan nama dari daftar pelajar UPM.

Sila ambil perhatian bahawa tempoh pendaftaran kursus lewat adalah mulai hari pertama semester baharu sehingga hari terakhir minggu kedua kuliah semester baharu. Perubahan pendaftaran kursus (tanpa denda) boleh dibuat dalam tempoh yang sama tetapi hanya kepada pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus pada minggu 12-14 dan pendaftaran selepas Senat mengumumkan keputusan peperiksaan akhir. Pendaftaran kursus lewat (dengan denda RM 50.00 setiap kursus yang didaftar) dipertimbangkan kepada pelajar yang memohon mendaftar kursus pada minggu kedua kuliah bermula bagi pelajar yang tidak membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pelajar dibenarkan gugur kursus dengan denda sebanyak RM 50.00 setiap kursus yang didaftar mulai hari pertama minggu ketiga sehingga minggu ketujuh kuliah.

Pelajar baharu adalah pelajar yang telah menerima tawaran Universiti dan telah mendaftarkan diri untuk Program Pengajian dan berada dalam semester pertama pengajian; pelajar baharu dibenarkan membuat pendaftaran kursus mulai hari pertama minggu suai kenal hingga hari terakhir minggu kedua semester bermula tanpa bayaran denda. Kegagalan untuk mendaftar dalam tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan tawaran kemasukan secara automatik terbatal. Pelajar baharu yang mendapat tawaran kemasukan pada minggu ketiga semester bermula dikecualikan daripada bayaran denda. Kegagalan untuk mendaftar dalam tempoh masa yang ditetapkan akan mengakibatkan tawaran kemasukan secara automatik terbatal.

Date of Input: 25/09/2018 | Updated: 25/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576120928