MINGGU JALINAN HARMONI | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MINGGU JALINAN HARMONI

MINGGU JALINAN HARMONI


oleh : Solehah Baharuddin

Festival Filem Pendek Interkolej (FESFIK) UPM merupakan acara tahunan yang dipertandingi oleh kolej-kolej di UPM dan dikendalikan di bawah Sekretariat Kebudayaan kolej masing-masing. FESFIK ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat seni mahasiswa UPM dalam bidang sastera umumnya. Hasil karya mereka boleh diteliti dari pelbagai sudut terutamanya dari segi arahan, skrip, lakonan dan multimedia.

Pada sesi kali ini, Kolej Kelima akan bertanding filem “FASIQ” arahan Muhammad Ikhwan Syafiq bin Zamri. Karya ini adalah lahiriah sebahagian dari nilai kehidupan yang dipersembahkan melalui filem pendek oleh pengarah skrip, Muhamad Haffiz bin Zazali. Sebagai promosi salam perkenalan dari Groundsyter Production ini, FASIQ bersama-sama 16 kolej lain sedang bergelut dalam ‘perang publisiti’ di https://www.facebook.com/fesfikupm/photos/a.385352971627788.1073741828.381075925388826/588591871303896/?type=3&theater. Hanya klik ‘like’ dan tag rakan-rakan anda seramai mungkin untuk poster FASIQ ini.

"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas; dan tak ada yang ingkar kepadanya, melainkan orang-orang yang fasiq" (al-Quran 2:99)

Kerjasama oleh lebih sepuluh orang pelakon dan krew ini akan membuahkan hasil melalui persembahan karya mereka pada Mei ini. Kami menjemput seluruh warga kolej untuk merasai sendiri jentikan qalbu filem “FASIQ” dan mengalu-alukan kehadiran budayawan sekalian dalam tontonan umum ini.


Date of Input: | Updated: | khairulhafiz

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576120944