MAJLIS ANUGERAH GEMILANG | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MAJLIS ANUGERAH GEMILANG

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG

Aktif dengan pelbagai aktiviti kolej bukanlah menjadi asbab untuk kita tidak cemerlang dalam pelajaran. Semua itu telah dibuktikan oleh Saudara Sufi Firdaus, pelajar terbaik keseluruhan kolej kelima bagi sesi kedua 2015/2016. Saudara Sufi merupakan guitaris utama Band The Pick Kolej Kelima. Selain itu beliau adalah mantan Presiden Kelab Gen5th dan aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan di Kolej Kelima.

Anugerah pelajar terbaik keseluruhan telah disampaikan dalam Majlis Anugerah gemilang yang telah berlangsung  pada 6 Disember 2016 dan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Sidek Hj Ab. Aziz pengetua Kolej Kelima. Dalam majlis ini juga seramai 70 pelajar menerima anugerah perak & anugerah emas. Kriteria penerima anugerah ini berdasarkan pencapaian CGPA 2.75-4.0 keatas. Moga kejayaan warga kolej kelima ini menjadi dorongan kepada pelajar-pelajar lain untuk berjaya. TAHNIAH!

 
 

 

 

 

 

Date of Input: | Updated: 27/04/2017 | khairulhafiz

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576122834