KARNIVAL INTEGRASI HARMONI FIFTH 2016 (Kami 5th) | FIFTH COLLEGE
» NEWS » KARNIVAL INTEGRASI HARMONI FIFTH 2016 (Kami 5th)

KARNIVAL INTEGRASI HARMONI FIFTH 2016 (Kami 5th)

Pada 11 Mac hingga 13 Mac 2016 yang lalu, Kelab Orange V (Teknikal) bersama Kelab Suara Siswa (KeSIS) Kolej Kelima telah mengadakan tayangan “Movie Night” di Dewan Harmoni, dipersiapkan dengan kelengkapan teknikal kolej.

Tayangan ini berlangsung pada pukul 9 malam bagi ketiga-tiga hari tersebut. Hujung minggu mahasiswa kali ini diisi dengan pelbagai kisah yang menyentuh aspek budaya dan kemanusiaan masyarakat yang mampu memberi input positif kepada penonton. Selain itu, malam minggu tersebut juga turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis jualan oleh mahasiswa kolej kelima sendiri.

Antara cerita yang dipertontonkan ialah Kung Fu Panda 3 (China), Bajraggi Bhaijan (Hindi) dan Sinister 2 (English). Terdapat pelbagai elemen menyentuh perasaan dan emosi tentang persahabatan, kekeluargaan dan agama. Aktiviti ini bukan sahaja bertindak sebagai pengisi waktu lapang mahasiswa, malah mengeratkan hubungan antara warga kolej, memberi kemudahan untuk tayangan umum dengan harga serendah RM2 di samping mengurangkan tekanan pelajar seharian.

“Movie Night” ini tidak terhenti di sini sahaja malah akan dijalankan secara bersiri. “Movie Night” seterusnya pula akan diadakan pada 25 Mac hingga 27 Mac ini pada waktu dan di tempat yang sama. Cerita pilihan akan datang adalah Annabelle (25/3) dan The Fifth Wave (26/3). Ola Bola (27/3) memaparkan elemen patriotisme melalui semangat kesukanan di Malaysia.


Movie Night

Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
KOLEJ KELIMA UPM Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 0389467373 0389467374
C1597511951