Pengurusan Kewangan 101: Edisi Pelajar Universiti | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Pengurusan Kewangan 101: Edisi Pelajar Universiti

Pengurusan Kewangan 101: Edisi Pelajar Universiti

 

Pengurusan Kewangan 101: Edisi Pelajar Universiti

Kewangan merupakan topik hangat yang sering menjadi perbualan dalam kangan pelajar-pelajar universiti tidak kira di dalam atau luar negara. Hal ini berlaku terutamanya pada hujung bulan setelah elaun bulanan habis digunakan. Justeru, alternatif lain seperti meminjam duit daripada kawan-kawan dan ibu bapa mula digunakan. Namun, adakah ini solusi kepada akar permasalahan yang sebenar? Dengan berhutang, ia bakal menambah lagi beban kewangan pelajar. Oleh itu, pejalar haruslah menyusun strategi untuk mengurus kewangan dengan bijak dan berhemah. Berikut adalah tip-tip pengurusan kewangan yang mungkin dapat membantu pelajar untuk menjamin kestabilan kewangan.

 

 

 

 

  1. Merancang strategi kewangan bulanan

Adalah amat penting untuk merancang, supaya kita dapat melaksanakan dan mengamalkan strategi tersebut. Berikut adalah cadangan peruntukan pembahagian elaun bulanan agar kita tidak terlebih belanja.

Makanan                                            : 20%

Tempat tinggal                                   : 30%

Pengangkutan                                    : 15%

Simpanan                                           : 15%

Lain-lain (sukan, pendidikan, hiburan): 20%

Namun, pembahagian elaun bulanan di atas adalah hanya cadangan. Terpulang kepada individual tersebut untuk merancang strategi kewangan yang terbaik untuk mereka.

2. Tahu perbezaan antara keperluan dan kehendak.

Sebagai seorang pemuda atau pemudi, sudah tentu kita mahu mengikuti ‘trend’ semasa. Hal ini tidak salah, namun pelajar lebih cenderung untuk membeli barang yang tidak menjadi keperluan utama. Sebagai contoh, baju atau shawl yang terkini, tidak kurang juga gajet-gajet yang sedang hangat di pasaran. Pastikan sesuatu barang yang kita beli itu, adalah yang betul-betul diperlukan. Dengan ini, pembaziran wang dapat dielakkan.

3. Lebih usaha, kurang belanja.

Tidak dapat dinafikan, pelajar university sering kali sibuk dengan rutin harian menelaah pelajaran. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk memudahkan kerja dengan hanya pergi ke restoran untuk makan tengah hari atau makan malam. Tahukah bahawa, dengan memasak, ia dapat menjimatkan lagi perbelanjaan kewangan?

Justeru, pelajar-pelajar disarankan untuk masak di rumah dan membawa bekal ke universiti. Bagi pelajar yang mempunyai rakan serumah, boleh juga bergilir-gilir untuk masak. Dengan cara ini, pelajar bukan sahaja boleh berjimat dalam bentuk wang, malah masa untuk memasak juga.

Selain itu, pelajar juga boleh berusaha mendapatkan buku ‘second hand’ daripada seniors yang harganya sudah tentu lebih murah daripada buku-buku original. Di perpustakaan juga, terdapat variasi buku-buku akademik yang juga boleh dipinjam untuk di ulang kaji oleh pelajar.

Dari segi pengangkutan pula, terdapat pelbagai alternatif lain seperti berkongsi kereta bersama rakan-rakan seuniversiti. Selain itu, berjalan atau berbasikal jika jarak university ke tempat tinggal berhampiran.

 

4. Pelaburan untuk masa hadapan

‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’ merupakan salah satu ungkapan yang tepat untuk pelaburan. Daripada membelanjakan wang untuk barang yang tidak diperlukan, lebih baik menyimpan wang dengan cara melabur 15 peratus daripada elaun bulanan. Dengan melabur dari usia yang muda, hal ini dapat menjamin ‘financial stability’ untuk masa depan. Hal ini kerana, wang yang disimpan dan dilabur, akan berlipat ganda sedikit demi sedikit. Namun adalah penting untuk memastikan bahawa, pelaburan yang dipilih itu patuh syariah dan tiada unsur riba’.

Kesimpulannya, adalah tidak mustahil untuk mendapatkan kewangan yang stabil, namun, pelajar harus menitik beratkan dan tidak mengambil mudah akan perbelanjaan mereka. Mereka perlulah beristiqamah dalam memastikan dan merekod jumlah perbelanjaan mereka setiap hari agar tidak berbelanja secara berlebihan.

 

Sumber: https://ppimiofficial.wordpress.com/2015/10/26/pengurusan-kewangan-101-edisi-pelajar-universiti/

Date of Input: 02/10/2018 | Updated: 02/10/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576284213