Pantau Tekanan Darah Elak Hipertensi | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Pantau tekanan darah elak hipertensi

Pantau tekanan darah elak hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana lazimnya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah. Pengukuran tekanan darah tepat adalah penting untuk diagnosis yang betul.

Oleh itu, garis panduan menekankan penggunaan teknik yang tepat untuk mengukur tekanan darah, sama ada dilakukan kakitangan penjagaan kesihatan di klinik atau penghidap sendiri dengan menggunakan alat pemantau tekanan darah di rumah. Tahap tekanan darah harus berdasarkan purata dua hingga tiga pembacaan pada sekurang-kurangnya dua sesi ukuran.

Tekanan darah tinggi berlaku apabila daya yang menolak darah ke arah dinding saluran darah terlalu tinggi. Tekanan tambahan menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras sambil menjejaskan fungsi saluran darah. Lama kelamaan, tekanan berkenaan merosakkan tisu dalam saluran darah yang akhirnya menggugat sistem jantung dan peredaran.

Bagi mengurus penyakit hipertensi, adalah disyorkan untuk memeriksa tekanan darah anda dengan lebih kerap. Ini untuk mengetahui sekiranya ada sebarang lonjakan dalam bacaan dan sebagai rekod untuk memantau hipertensi anda secara konsisten.

Bacaan yang diperoleh itu dapat membantu anda supaya berjaga-jaga dengan status kesihatan terkini. Di samping itu, mengetahui teknik dan pengetahuan yang betul berkenaan pembacaan tekanan darah juga akan membantu mencegah krisis hipertensi.

Date of Input: 27/09/2018 | Updated: 27/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576122648