Notis Penjimatan Elektrik | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Notis Penjimatan Elektrik

Notis Penjimatan Elektrik


Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset telah mengeluarkan satu Panduan Am dan langkah penjimatan penggunaan elektrik melalui suratnya UPM/PPPA/100-5/7 bertarikh 29 Julai 2011.

Panduan tersebut ialah berkenaan langkah-langkah yang boleh diambil untuk penjimatan tenaga elektrik dan seterusnya mengurangkan kadar kos penggunaan utiliti yang tinggi dan tidak efisyen di UPM.

Justeru, semua warga UPM diminta untuk bersama-sama menyokong usaha universiti ke arah penjimatan elektrik dengan mengambil beberapa tindakan berikut : -

  1. Mewujud dan menguatkuasa waktu On dan Off sistem elektrik di Pejabat Am seperti waktu rehat (1.00 tgh – 2.00 ptg) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5.00 ptg).
  2. Meminimum penggunaan peralatan elektrik pada waktu puncak (peak) kehendak maksimum iaitu di antara waktu 11.00 pagi – 1.00 tgh dan 3.00 ptg – 4.00 ptg.
  3. Memastikan semua komputer dan peralatan elektrik yang lain dimatikan selepas waktu pejabat atau selepas digunakan.
  4. Meminimumkan penggunaan pendingin udara. Kipas angin dan udara luar bangunan boleh digunakan sebagai pengganti seperti membuka laluan udara seperti tingkap, bagi membenarkan udara keluar masuk ke dalam bangunan.
  5. Memastikan suis lampu dan pendingin udara bilik kuliah sentiasa ditutup sekiranya tidak digunakan.
  6. Memastikan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut jangka masa yang sepatutnya.
  7. Memastikan pendingin udara ditetapkan pada suhu yang selesa (24-26 darjah celcius).
  8. Menggunakan pendingin udara atau peti sejuk yang mempunyai Energy Efficient yang tinggi.
  9. Memastikan peralatan makmal yang menggunakan motor elektrik seperti pam dan blower menggunakan High Efficient Motor.
  10. Menggalakkan penggunaan sistem kawalan intelligent atau kawalan pemasa atau movement sensor seperti di dewan kuliah atau pejabat untuk mengawal suis lampu atau pendingin udara.
  11. Memastikan lampu-lampu yang rosak, digantikan dengan lampu jenis jimat tenaga (energy saving) seperti Lampu LED atau T5 florescent.
  12. Menggalakkan staf memakai pakaian yang sesuai dengan suhu pendingin udara yang ditetapkan.
  13. Mengadakan kempen penjimatan elektrik di peringkat PTJ dengan menampal poster dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik hasil melalui penggunaan tenaga yang cekap.

Sehubungan itu, semua Ketua PTJ adalah diminta mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan panduan ini kepada staf di PTJ masing-masing bagi memastikan tujuan panduan ini dicapai.

Date of Input: 25/09/2018 | Updated: 25/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576280408