Nafas Berbau? | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Nafas Berbau?

Nafas Berbau?

Anda mungkin mengalami masalah nafas berbau sekiranya orang berdekatan tiba-tiba menjauhkan diri, memalingkan muka atau menutup hidung mereka, semasa anda berbual. 


Sekiranya nafas berbau berpanjangan atau teruk, ia boleh menjejaskan kehidupan peribadi, kerjaya, dan sosial anda.

Dapatkan pemeriksaan pergigian atau bertanyakan sesiapa yang rapat mengenai bau nafas anda sekiranya anda kurang pasti. 

Nafas yang segar bermula dari mulut yang bersih dan sihat. 

Kenapa Nafas Anda Berbau?

Biasanya nafas berbau berpunca dari mulut, di mana;

  • Keadaan Mulut Kurang Bersih
    • Sisa makanan dan plak tidak dibersihkan dengan baik seperti di celah-celah gigi, permukaan lidah atau gigi palsu.

  • Terdapat Jangkitan Dalam Mulut
    • Contohnya kerosakan gigi, penyakit gusi, lesi mulut atau bekas cabutan gigi yang tidak sembuh.

Masalah mulut kering, tidak makan atau tidak minum untuk jangka masa lama dan merokok juga boleh menyebabkan nafas anda berbau. 

Sekiranya doktor pergigian mengesahkan anda mempunyai kesihatan pergigian yang baik, anda mungkin mengalami masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, diabetes atau kronik sinusitis.

Apa yang Anda Boleh Lakukan untuk Mengatasi Masalah Nafas Berbau?

  • Jaga kebersihan mulut
    • Berus gigi sehingga bersih.
    • Gunakan flos untuk membuang sisa makanan dan plak di celah-celah gigi.
    • Bersihkan peralatan gigi dalam mulutsekiranya ada seperti gigi palsu atau aplians ortodontik.
    • Bersihkan lidah.
    • Gunakan bahan kumuran jika dinasihatkan doctor.

 

  • Makan Secara Sihat
    • Pilih buah-buahan segar dan hindari makanan yang menyebabkan nafas berbau.

 

  • Dapatkan Pemeriksaan Di Klinik Pergigian Sekurang-Kurangnya 6 bulan Sekali.
  • Tidak Merokok
  • Banyakkan Minum Air Kosong, Sekurang-kurangnya 6 hingga 8 Gelas Sehari. Jangan Biarkan Mulut Kering.
  • Dapatkan Pemeriksaan Perubatan Jika Perlu.

Date of Input: 21/09/2018 | Updated: 22/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576120631