LANGKAH PEMBENDUNGAN PENYAKIT BEGUK (MUMPS) | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » LANGKAH PEMBENDUNGAN PENYAKIT BEGUK (MUMPS)

LANGKAH PEMBENDUNGAN PENYAKIT BEGUK (MUMPS)

 

PKU ingin memaklumkan bahawa beberapa orang pelajar UPM telah dikesan mengidap penyakit BEGUK (juga dikenali sebagai Bengkak Cantik) atau MUMPS baru-baru ini.

APAKAH PENYAKIT BEGUK?

BEGUK atau MUMPS adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai Paramyxovirus. Virus ini masuk ke dalam badan manusia melalui rongga mulut dan hidung dan menyerang kelenjar parotid yang terletak di hadapan telinga lalu menyebabkan ia membengkak. Virus ini akan membiak di kelenjar tersebut sebelum merebak ke bahagian badan yang lain termasuk otak.

Virus Mumps merebak melalui titisan udara (air droplets) sewaktu pesakit batuk dan bersin; melalui air liur (saliva) ketika berkongsi peralatan makanan seperti gelas, sudu, garfu dan pinggan; melalui ciuman; melalui sentuhan apabila seseorang menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh virus ini.

Individu yang dijangkiti virus ini merupakan sumber jangkitan dalam masa 15 hari (6 hari sebelum gejala bermula sehingga 9 hari selepas gejalanya muncul). Seseorang yang dijangkiti oleh virus ini biasanya menunjukkan gejala selepas 2 atau 3 minggu virus ini berjaya masuk ke dalam badan

APAKAH GEJALA ATAU SIMPTOM BEGUK ?

Gejalan atau simptoms yang biasa ditunjukkan oleh pesakit Beguk ialah :
1.Demam

2.Sakit Kepala

3.Sakit Otot

4.Keletihan

5.Kurang selera makan

6.Bengkak dan sakit di kawasan kelenjar parotid sama ada di sebelah kanan atau kiri atau kedua-duanya (kelenjar parotid terletak di bahagian hadapan dan sedikit ke bawah dari telinga)




APAKAH RAWATAN BEGUK?

Beguk merupakan salah satu daripada penyakit yang digelar sebagai 'self-limiting disease'. Ini bermakna ia mampu untuk sembuh dengan sendiri tanpa memerlukan ubatan. Ubat-ubatan boleh diberi bagi membantu mengurangkan gejala yang dialami pesakit, contohnya:

Ubat demam
Ubat tahan sakit
Nasihat atau petua lain yang selalu diberikan oleh doktor juga termasuklah:
Tuam badan bagi mengurangkan suhu demam
Minum air dengan banyak bagi mengelakkan dehidrasi
Berehat daripada pekerjaan atau sekolah, untuk mengurangkan jangkitan kepada orang lain
Menggunakan topeng muka ketika berjumpa dengan orang lain
Menjauhi tempat-tempat awam

APAKAH KOMPLIKASI BEGUK

Oleh kerana virus 'Paramyxovirus' yang menjadi punca kepada beguk juga boleh menjangkiti organ lain, maka ia juga boleh menyebabkan komplikasi berikut :
Orkitis (keradangan testis)
Keradangan meninges (meningitis)
Keradangan otak (encephalitis)
Keradangan ovari (oophoritis)
Keradangan pankreas (pancreatitis)
Keradangan sendi (arthritis)




Sehubungan itu PKU ingin menyeru warga kampus UPM untuk bersama-sama menyekat penyebaran penyakit ini dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:-

Mengamalkan etika batuk dan bersin
Menggunakan topeng muka (face mask) jika mengalami demam, batuk dan selesema
Mengamalkan kebersihan tangan (hand hygine) pada setiap masa dengan membasuh tangan
atau menggunakanhand sanitizer

Tidak berkongsi peralatan makanan seperti pinggan, cawan, sudu, garfu dengan pesakit Beguk atau mereka yang menunjukkan gejalan penyakit Beguk
Mengelakkanclose contactdengan pesakti Beguk
Mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala Beguk
Mematuhi arahan kuarantin yang diberi oleh doktor



Dr Aditya Adawiah binti Darwis (03 89468482)
Ketua Perkhidmatan Kesihatan Awam
Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Putra Malaysia






Date of Input: 02/10/2018 | Updated: 02/10/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576121343