INFO WAZAN : HILANGKAN SIFAT BAKHIL DALAM DIRI | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » INFO WAZAN : HILANGKAN SIFAT BAKHIL DALAM DIRI

INFO WAZAN : HILANGKAN SIFAT BAKHIL DALAM DIRI

Apabila didapati ada perasaan susah untuk membayar zakat dan bersedekah, artinya ada nafsu jahat yang bersarang di dalam hati. Dalam kata lain, ada sifat bakhil dan kikir. Sifat ini bila dipelihara akan menjadikan orang tersebut susah untuk merasakan manisnya iman.
Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar.(Al Hadid: 7)

Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak.
(Al Hadid: 11)

Sebenarnya sifat bakhil bukan saja ada pada orang kaya dan berharta, tetapi orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit bakhil ini. Oleh karena itu, sedekah itu selain dapat dilakukan dengan harta benda juga dapat dilakukan dengan cara lain. Cara-cara ini, di samping mendidik akhlak mulia bagi semua orang, juga memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil di samping turut mendapat pahala sedekah.

Nisab 2018 : RM 14,162.00
Bagaimana Membuat Bayaran Zakat dan Wakaf?

Bayaran zakat dan wakaf boleh dibuat secara tunai/cek/kad kredit@Debit (Islamic bank) di Kaunter Wakaf, Zakat dan Endowmen,, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (bersebelahan pejabat pos UPM).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan di 03-8946 8993/8994 (En.Aiman)atau emelkan ke wazan@upm.edu.my

Semoga Allah S.W.T. menganugerahkan keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan kepada YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, seisi keluarga.

Sekian,

Allahumma, ya Tuhan kami. Berkatilah mereka yang telah melaksanakan tuntutan berzakat dan menyayangi Fakir Miskin, serta sucikanlah harta dan jiwa mereka Amin ya Rabb al-'Alamin.

--
"WAKAF DAN ZAKAT, MEMBAWA BERKAT"

 



Muhammad Aiman Radhowan
Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen,
Universiti Putra Malaysia



 



Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576119989