Adat Resam | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Adat Resam

Adat Resam

 

 

Masyarakat Melayu

Pelbagai pendapat tentang erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada berpendapat perkataan Melayu berasal daripada perkataan “ Malaju ”. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat, deras dan tangkas. Daripada sebutan tersebut dapat diberikan pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas, cerdas, segala tindak tanduk mereka cepat dan deras. 

 

Masyarakat Cina 

Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Pada zaman Kesultanan Melaka, China pernah berperanan sebagai pelindung Melaka daripada ancaman Siam. Pemindahan rakyat Cina ke Malaysia adalah kerana desakan pada zaman Dinasti Manchu ( 1644 – 1911 ) kerana Manchu merupakan kerajaan asing dan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Kedatangan orang Cina ke Malaysia jelas kelihatan pada pertengahan abad ke 19. Fukien dikenalpasti merupakan kawasan memberontak kerajaan Manchu dan juga yang paling hampir dengan Asia Tenggara.

 

Masyarakat India 

Masyarakat India meruapakan etnik ketiga terbesar di Malaysia, dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita. Separti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.

Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain,masyarakat India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut  memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

 

Masyarakat Orang Asli 

Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri – negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.

Date of Input: 07/10/2018 | Updated: 07/10/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1574021406