5 Cara Orang Bijak Kawal Diri Mereka Sendiri | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » 5 Cara Orang Bijak Kawal Diri Mereka Sendiri

5 Cara Orang Bijak Kawal Diri Mereka Sendiri

 

Orang bijak menangani  diri mereka dan diri orang lain dengan baik. Mereka tidak lari daripada masalah dan mereka menghadapinya walau sesukar mana pun.

Semakin kita menjadi diri kita sendiri, tidak berpura-pura atau menyembunyikan diri, kita akan akan semakin disukai.

Walaupun tidak menjadi pemimpin kepada orang lain, kita masih menjadi pemimpin kepada diri sendiri kerana hakikatnya setiap manusia dilahirkan untuk menjadi khalifah atau pemimpin.

Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang boleh kawal dan mempengaruhi diri sendiri, orang lain dalam apa jua situasi.

Orang yang bijak akan lakukan perkara berikut untuk kawal dan pengaruhi diri sendiri sebelum orang lain.

 

#1-Berdamai Dengan Perkara Yang Tidak Boleh Dikawal.

 

Setiap daripada kita pasti pernah melalui situasi yang tidak boleh diselesaikan atau diselamatkan. Tidak semua perkara kita boleh kawal dan berlaku seperti apa yang kita mahu.

Apabila berhadapan dengan sesuatu perkara, cuba fikir dan lihat sekiranya kita dapat mengubahnya. Jika ya, ubahlah, jika tidak, maka terimalah dengan hati yang terbuka dan dan belajar untuk membiasakan diri dengannya.

Apabila perkara seperti ini berlaku, apa yang perlu diubah bukanlah lagi situasi tersebut sebaliknya sikap kita semasa berhadapan dengannya.

Kita kena membesarkan jiwa, lagi besar daripada situasi, terima apa yang tidak dapat dikawal dengan hati yang terbuka, lapang dada dan berdamailah dengan situasi tersebut.

Risaukan sesuatu perkara yang tidak dapat diubah ataupun yang telah berlaku bukanlah salah cara menyelesaikan masalah. Anda hanya membebankan diri anda sendiri yang mana tidak perlu sebenarnya.

Tenang sahaja dan terima. Hidup anda pasti akan terasa lebih baik. Gantikan kerisauan tidak kena tempat anda dengan buat perkara lain yang lebih berfaedah. Gunakan masa dan tenaga anda sebaiknya. Orang bijak oleh lakukan ini dengan mudah.

 

#2-Biarkan Perkara Lepas Berlalu Pergi.

 

Mungkin kita telah terlibat dalam situasi di mana kita tersepit kerana sikap orang lain, kesalahan orang lain, akan tetapi mereka tidak peduli kesannya terhadap kita.

Walaupun buruk mana sesuatu perkara itu berlaku disebabkan orang lain, tidak ada guna jika kita asyik menunding jari menyalahkan mereka tanpa henti jika ia tidak dapat mengubah apa-apa.

Lupakan sahaja dan cuba fokus kepada bagaimana untuk menjalani hari-hari seterusnya dengan baik. Perkara yang lepas hanyalah berguna sebagai pengajaran dan bagaiman kita menanganinya hari ini adalah pelaburan kita untuk masa hadapan.

Kalau hari ini anda telah hidupkan dengan sepenuhnya dengan baik, maka anda tidak perlu bersusah payah menghadapi hari esok yang pastinya akan jadi lebih baik.

Sebaliknya jika kita tidak menangani  hidup hari ini dan hari-hari yang lepas, maka sukarlah untuk kita menjalani hari esok dengan baik.

  

#3-Fokus Kepada Perkara Yang Penting Sahaja.

 

Hidup penuh dengan dimensi positif dan negatif. Jangan buang masa, tenaga, dan emosi kepada perkara-perkara yang kita jumpa sepanjang perjalanan hidup ini.

Kita terkadang menambahkan beban yang tidak perlu dalam kehidupan kerana mengikut orang. Kita mudah terpengaruh dengan cara dan gaya kehidupan orang lain yang kita lihar, dengar dan tahu sama ada di sekeliling kita atau media.

Yang penting, jadi diri sendiri dengan memahami kelebihan dan kelemahan sendiri. Apa yang penting adalah pedulikan sahaja kata orang yang tidak perlu, berhenti jadi lalang.

Berhenti pedulikan orang lain yang tidak penting bagi kita dan fokus kepada pembangunan diri sendiri.

Ambil masa untuk kenali potensi diri dan bagaimana untuk ubah hidup dan maju lagi.

Bagaimana hendak tahu jika perkara itu penting atau tidak untuk anda ambil peduli? Guna peraturan 10/10/10.

Adakah perkara tersebut penting bagi anda dan kehidupan anda 10 jam seterusnya? 10 hari seterusnya? 10 tahun seterusnya?

Baik jawapan anda ya atau tidak, anda sendiri tentukan bagaimana anda ingin menangani sesuatu situasi perkara  tersebut mengikut keperluan dan keutamaan. Pastikan apa yang anda lakukan berbaloi.

 

#4-Laburkan Untuk Diri Sendiri.

Jangan kedekut untuk berhabis duit bagi tujuan pembangunan diri. Jangan berkira-kira untuk menghabiskan duit dan gilap potensi diri yang ada.

Jika anda boleh melabur untuk diri orang lain maka anda boleh melabur untuk orang lain.  Mungkin anda rasa anda menghabiskan duit, masa, dan juga tenaga, akan tetapi itu bukan perkara yang sia-sia.

Anda pasti mendapat manfaatnya dan perubahan yang anda alami bertambah baik.

 

#5-Galakkan Orang Beri Komen Terhadap Diri Sendiri.

 

Dengan adanya orang luar yang memberi pandangan terhadap anda, anda sepatutnya menghargai pandangan mereka.

Kadang-kadang komen orang yang tidak rapat sangat dengan kita ini selalunya jujur. Kadang-kadang komen orang-orang terdekat yang rapat lebih kepada untuk menjaga hati jadi mungkin tidak transparen seterusnya.

Daripada pandangan orang luar ini, kita boleh kenal pasti apakah lagi perkara yang harus kita perbaiki untuk menjadi lebih hebat lagi.

Harus difahami yang pandangan orang bukanlah mengenai kita menyenangkan hati orang lain akan tetapi untuk belajar tentang diri sendiri.

Orang akan rasa tertarik kepada kita bukan kerana kesempurnaan akan tetapi ketelusan kita. Jadilah diri kita sendiri dan berbahagialah.

 

Sumber : Editor Majalah Niaga

Date of Input: 28/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | zurida

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1576120897