Program Anak Kampong Tarik 150 Penyertaan | FIFTH COLLEGE
» ACTIVITIES »

Event Title
Program Anak Kampong Tarik 150 Penyertaan
Date
17 Dec 2016 - 17 Dec 2016
Time
10.00 - 12.00
Location
Kolej Kelima
Event Summary
SERDANG : Kelab Generasi Fifth dibawah pengelolaan Sekretriat Kesukarelawanan telah mengadakan program Anak Kampung sekitar Disember 2017. Program Anak Kampung yang merupakan sebuah inisiatif untuk memupuk semula minat mahasiswa kepada permainan tradisional seperti sukan rakyat atau permainan tradisional yang semakin dilupakan supaya terus kekal sehingga generasi seterusnya. Lebih 150 warga Kolej 5 telah terlibat dalam program ini. Menurut Pengarah Program “Kemajuan negara yang pesat membangun dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut kita sebagai mahasiswa universiti agar sentiasa bersedia dalam meningkatkan nilai tambah mahasiswa bagi menghadapi apa jua rintangan yang mendatang. “Hal ini seiring dengan pembangunan kemajuan negara dan pada masa yang sama tidak melupakan budaya dan permainan yang menjadi imej dan kebanggaan negara ini”, tambahnya. Pelbagai permainan tradisional telah dijalankan bagi membuka mata mahasiswa dan juga mahasiswi Kolej Kelima tentang kepentingan permainan tradisional yang semakin luput ditelan zaman. penganjuran Program Anak Kampung ini telah dapat memupuk minat para pelajar terhadap permainan tradisional yang dahulunya menjadi salah satu faktor kepada kesatuan masyarakat di negara tercinta, Malaysia.

Updated:: 04/07/2017 [sidek]

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697375
0397697374
C1597512834