MINGGU PERKASA PUTRA | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MINGGU PERKASA PUTRA

MINGGU PERKASA PUTRA

Sukarelawan BDBB2.0


oleh : Solehah Baharuddin


“Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh, hati saya rindu.”

 

Sayup-sayup lagu Sayang Kinabalu diputarkan bagi mewujudkan suasana Program Bertamu di Bawah Bayu (BDBB) pada majlis perasmiannya sesi 2015/2016 baru-baru ini. Majlis ini telah diadakan pada 2 April yang lalu bertempat di Dewan Harmoni, Kolej Kelima tepat jam 9.30 malam.

Majlis perasmian ini dihadiri oleh Ketua Felo, Encik Rizal Hussein sebagai tetamu kehormat selain pengarah program sendiri, Sufi Firdaus bin Fakhrurrazey, 21 bersama lebih sepuluh orang ahli jawatankuasa. Turut dijemput, ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2015/2016 ini dengan Muhammad Faizal Azri sebagai presidennya.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan program kesukarelawanan BDBB2.0 sebagai pembuka tirai rasmi sebelum bergerak ke Labuan, Sabah pada 9 April nanti. Selain itu, majlis ini juga diadakan bertujuan untuk berkongsi sedikit sebanyak maklumat di samping kegembiraan dan keterujaan menghadapi suasana di negeri bawah bayu itu bersama warga kolej kelima.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang persediaan menghadapi BDBB terutamanya bagi mengutip dana buat program tersebut. Antaranya ialah khidmat CarWash oleh AJK pelaksana sendiri, membuka gerai jualan di bazar dan sebagainya. Usaha gigih pasukan BDBB di bawah Kelab Generasi Fifth (GenFifth), Sekretariat Kesukarelawanan dan Jaringan Komuniti ini memperlihatkan semangat kesukarelawanan mahasiswa dalam menyumbang ilmu, rantaian persaudaraan bersama kebendaan yang tidak seberapa buat ‘adik-beradik’ di seberang.

Kami menadah nyiru buat warga prihatin yang ingin memberi sebarang jenis sumbangan :

Akaun: CIMB 7055500084
Nama: Sufi Firdaus Fakhrurrazey
E-emel: sufisuperb77@gmail.com

No. Tel : 017-8797176


Perasmian Program BERTAMU DI BAWAH BAYU 2.0

Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
KOLEJ KELIMA UPM Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 0389467373 0389467374
C1511033553