MIMBAR BICARA AL-AMIN INTERVARSITI 2017 - UJI KEMAMPUAN K5 UPM ANJUR PROGRAM ISLAMIK | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MIMBAR BICARA AL-AMIN INTERVARSITI 2017 - UJI KEMAMPUAN K5 UPM ANJUR PROGRAM ISLAMIK

MIMBAR BICARA AL-AMIN INTERVARSITI 2017 - UJI KEMAMPUAN K5 UPM ANJUR PROGRAM ISLAMIK

SERDANG - Kolej Kelima dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menganjurkan Pertandingan Mimbar Bicara Al-Amin Intervarsiti 2017 bertempat di Dewan Sri Harmoni Kolej Kelima, UPM, Serdang, Selangor.

 Program yang berlangsung bermula 14 April hingga 16 April 2017 ini melibatkan 15 orang peserta daripada Universiti Awam serta Institut Pengajian Tinggi dari seluruh Malaysia iaitu UPM, UIA, UUM, UNIMAP, UTP, UPSI, UNITEN, KUIM, KUIS dan Politeknik Johor Bharu.

 Pertandingan ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menampilkan pelajar yang berbakat dari aspek kepemimpinan Islam yang intelektual serta menerapkan budaya kerjasama di dalam jiwa pelajar. Program ini juga dapat memantapkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah Islam di kalangan pelajar di Institusi-isntitusi Pengajian Tinggi.

 Sebagai pembuka tirai program, slot ceramah daripada selebriti Da’I Wan telah diadakan pada 14 April 2017 dengan tajuk “Taman-taman Syurga” bersesuaian dengan tema pertandingan mimbar pada tahun ini.

Updated:: 03/05/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1506132701