MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG (MKAB) | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG (MKAB)

MALAM KEMUNCAK APRESIASI BINTANG (MKAB)







Majlis makan malam dan penganugerahan pelajar tahun akhir  atau lebih dikenali sebagai Malam Kemuncak Apresiasi Bintang ( MKAB)  telah diadakan pada semester satu sesi 2015/2016. Majlis yang bertemakan ‘Classical Vintage’ ini telah berjaya diadakan pada 19 Disember 2015 bertempat di Sama-Sama Hotel, Klia, Sepang. Seramai 70 orang tetamu jemputan beserta 60 orang pelajar tahun akhir yang diraikan menghadiri majlis makan malam ini.

Untuk pengetahuan juga, terdapat seramai 140 orang eksekutif yang telah bertungkus-lumus dalam membantu  menjayakan MKAB ini yang diterajui oleh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia dengan saudara Ahmad Nabil bin Mohd Ashar sebagai pengarah program.

Majlis ini dimulakan dengan gimik daripada eksekutif gimik dan persembahan seramai 4 orang dimana mereka telah berperanan sebagai Mimos dan Charlie Chaplin. Beberapa persembahan juga telah dipersembahkan oleh ahli band Kolej Kelima yang terkenal ‘The Pick’ yang diketuai oleh saudara Sufi Firdaus bin Fakhrurrazey. Antara lagu-lagu yang didendangkan adalah Bunyi Gitar, Malam Ku Bermimpi dan Perhaps.

Bukan itu sahaja, dekorasi pada malam tersebut turut mendapat pujian daripada Timbalan Naib Canselor UPM iaitu, yang berhormat prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran. Ciri dekorasi yang unik dan menepati tema ini telah mendapat sentuhan dari barisan AJK dekorasi yang diketuai oleh saudari Najjah binti Azhar.

Majlis ini telah berakhir pada kira-kira pukul 12 malam. Diharapkan majlis gilang-gemilang ini dapat meninggalkan motivasi kepada semua mahasiswa lainnya dalam mengecapi cita-cita dan kredibiliti yang diimpikan. Penghargaan yang dipersembahkan ini juga diharapkan mampu mengukir satu memori terindah di akhir pengajian mereka yang diraikan. Biar panas mengandung hujan, kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya.

Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
KOLEJ KELIMA UPM Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 0389467373 0389467374
C1506132658