MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA | FIFTH COLLEGE
» NEWS » MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA


 

Oleh : Solehah Baharuddin

Kaki langit menunjukkan warna biru kemerah-merahan ketika azan maghrib berkumandang dari Dewan Harmoni, Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia, menyaksikan para jemaah berhimpun bagi menunaikan solat fardhu dan solat sunat umumnya bagi seluruh umat Islam.

Sekretariat Kerohanian, Kolej Kelima UPM telah mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana sebagai pembuka tirai kesepaduan ummah untuk semester kedua sesi 2015/2016. Majlis ini diadakan pada 3 Mac 2016 (Khamis) bersamaan 23 Jamadil Awal 1437 Hijrah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memohon keberkatan Ilahi sepanjang perjalanan semester baharu untuk setiap mahasiswa kolej kelima khususnya, di samping mempererat ukhwah sesama warga kolej kelima melalui jemaah yang terbina.

Majlis solat berjemaah ini dimulakan dengan solat fardhu maghrib, diikuti dengan solat fardhu isya’. Bukan itu sahaja, majlis juga diisi dengan slot tazkirah ringkas dan bacaan kalamullah, Surah Yassin yang diketuai oleh pengetua kolej kelima sendiri, Ayahanda Dr. Amini Amir bin Abdullah. Seterusnya, majlis diteruskan dengan solat hajat berjemaah dan berakhir dengan sedikit jamuan ringan untuk para jemaah.

Seperti yang diketahui umum, pelbagai program dan aktiviti telah disusun untuk dilaksanakan sama ada berbentuk majlis ilmu, rekreasi mahupun khidmat sosial sepanjang semester ini. Oleh hal yang demikian, diharapkan segala yang telah dirancang, akan diizinkan dan dipermudahkan urusannya bagi mencapai objektif program dalam memacu kesepaduan ummah melalui ukhwah dan dakyah program. Semoga impak program juga mendatangkan banyak khaifiyat kepada setiap individu diiringi redha Ilahi.

Dengan usaha dan doa, kita merancang. Dengan izin Allah, penentu segalanya.


Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
KOLEJ KELIMA UPM Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 0389467373 0389467374
C1506132744