KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA (KPSM2016) | FIFTH COLLEGE
» NEWS » KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA (KPSM2016)

KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH MAHASISWA (KPSM2016)





“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara.”
 Kursus Pembangunan Sahsiah Mahasiswa (KPSM) merupakan kursus kepimpinan yang diadakan oleh pihak pengurusan kolej kelima khusus buat mahasiswa dan mahasiswi di kolej kelima.

Kursus ini bertujuan untuk melatih pelajar agar lebih berkepimpinan dan berdaya saing bagi memajukan diri sebagai seorang individu ataupun bersama pasukan. Hal ini demi merangkul tugas memimpin mahasiswa lainnya untuk bersama-sama mengarahkan hala tuju kolej kelima dengan mencapai segala misi dan visi kolej. Demikianlah dalam erti kata lain yang lebih utama, tujuannya bagi membentuk barisan pelapis baru Majlis Tertinggi Mahasiswa sesi berikutnya.

Kursus ini dijalankan pada setiap tahun namun tidak dikhususkan tempatnya. Pada tahun ini, KPSM telah dijalankan di Serama Camp & Events, Durian Tunggal, Melaka. Kursus ini telah dijalankan pada 12 hingga 18 januari 2016. Seramai 56 peserta telah mengikuti kursus ini.

Dalam memperkukuh pengisian setiap aktiviti dalam kursus ini, objektifnya diselaraskan seiring dengan pembentukan modal insan yang mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kursus ini mempunyai pelbagai aktiviti yang mencabar fizikal dan mental para peserta yang bertindak menguji individu dan kerjasama sepasukan terutamanya dari segi keyakinan dan kemahiran berkomunikasi masing-masing. Setiap aktiviti yang dilakukan adalah di bawah pengawasan pihak pengurusan dan felo pemantau kolej kelima

Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
KOLEJ KELIMA UPM Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan 0389467373 0389467374
C1511033547