FESTIVAL MARHABAN HARMONI-V TERBUKA UPM 1MALAYSIA | FIFTH COLLEGE
» NEWS » FESTIVAL MARHABAN HARMONI-V TERBUKA UPM 1MALAYSIA

FESTIVAL MARHABAN HARMONI-V TERBUKA UPM 1MALAYSIA


oleh : Solehah Baharuddin

Alunan ayat suci al-Quran dilunakkan lagi dengan keasyikan para peserta bertaranum dengan irama conga dan kompang. Demikian sedikit gambaran tentang Marhaban yang dipertandingi oleh lima buah universiti seluruh Malaysia, anjuran Kolej Kelima Universiti Putra Malaysia.

Selain FESTIM, Festival Marhaban Harmoni-V Terbuka UPM 1Malaysia (FESTMA) ini juga merupakan acara tahunan Kolej Kelima dengan kerjasama Majlis Tertinggi Mahasiswa iaitu Muhamad Amirul bin Yunos sebagai pengarah program. FESTMA bertujuan untuk menyegarkan semula konsep kesenian muzik Islam kepada khalayak ramai iaitu seni Marhaban.

FESTMA telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 Mei 2016 yang lalu di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia sejurus selepas selesainya festival gilang-gemilang intelek Islam. Antara universiti yang bertanding ialah UTP (Johan), USIM (Naib Johan), UPNM (ketiga), KISAS dan tuan rumah.

Program ini diselitkan dengan forum Cinta Paling Agung bersama Ustaz Mohamed Sabir Jamaludin dan Daie Fuad sebagai panel jemputan.


Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1511033558