FESTIVAL INTELEKTUAL ISLAMIK 2016 | FIFTH COLLEGE
» NEWS » FESTIVAL INTELEKTUAL ISLAMIK 2016

FESTIVAL INTELEKTUAL ISLAMIK 2016


oleh : Solehah Baharuddin

Menjengah ke pelbagai sudut intelektual islam, Festival Intelektual Islamik 2016 (FESTIM) dari Kolej Kelima, UPM ini membawakan pelbagai aktiviti yang menjulang ilmu menerusi slot ceramah, forum dan pertandingan mimbar.

FESTIM merupakan acara tahunan Kolej Kelima anjuran Kelab Ikhwan, yang bernaung di bawah Sekretariat Kerohanian pimpinan Mohamad Adha Bin Mohd Zain. FESTIM bertujuan untuk memuliakan majlis ilmu dalam mengagungkan syiar Islam dan dikongsikan kepada seluruh warga UPM khususnya.

FESTIM telah berlangsung selama seminggu bermula pada 15 hingga 19 Mei 2016 yang lalu di Dewan Sri Harmoni, Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia. Antara slot-slot yang dipersembahkan ialah Penghayatan Asma ul-Husna, Pertandingan Mimbar al-Amin, Forum Masa Menangis dan Malam Cinta Rasul. Malam-malam FESTIM ini disambut dengan pusuan warga kolej dan orang luar dengan dihadiri oleh Ayahanda Amini Amir Abdullah, felo-felo Kolej Kelima dan pengarah program Muhamad Amirul Asyraf.

Para eksekutif yang terlibat telah menjemput para penceramah dan juri yang terkenal untuk memeriahkan lagi majlis sepanjang minggu tersebut. Antaranya termasuklah Prof Dr. Wan Maseri, PU Johani, Ustazah Fatimah Syarha dan Ustaz Syed Putra.

Malam penutup FESTIM ini diisi dengan sedikit perkongsian cerita cinta Muhammad Rasulullah S.A.W daripada Ustaz Syed Putra yang juga merupakan alumni Universiti Putra Malaysia.

 

Updated:: [khairulhafiz]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1511033543