APLIKASI WHATSAPP DAN FACEBOOK TARIK PENONTON MOVIE NIGHT K5 | FIFTH COLLEGE
» NEWS » APLIKASI WHATSAPP DAN FACEBOOK TARIK PENONTON MOVIE NIGHT K5

APLIKASI WHATSAPP DAN FACEBOOK TARIK PENONTON MOVIE NIGHT K5

APLIKASI WHATSAPP DAN FACEBOOK TARIK PENONTON MOVIE NIGHT K5

Media sosial Facebook dan WhatsApp merupakan medium yang sering digunakan bagi tujuan menyebarkan maklumat berkenaan sesuatu  acara atau aktiviti yang dijalankan. Ternyata sambutan yang diterima menggunakan kedua-dua aplikasi ini amat menggalakkan, terutama dikalangan pelajar.

Kelab  teknikal di bawah Sekretariat Informasi, Publisiti dan Perhubungan Awam, MTM Kolej 5  telah menganjurkan acara ‘Movie Night’ yang berlangsung di Dewan Sri Harmoni Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia pada  17 Mac 2017 selama 3 malam berturut-turut.

 Acara yang  bermula pada jam 9 malam sehingga lewat  12.30 pagi melibatkan tenaga kerja seramai 18 orang ahli jawatankuasa yang meliputi pengurusan  makanan, publisiti, multimedia, kebersihan, dekorasi, jualan tiket dan teknikal.

Objektif utama penganjuran  acara ini adalah bagi memupuk nilai keusahawanan dalam diri ahli-ahli Kelab Teknikal di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli kelab. Acara ini juga melatih ahl ijawatankuasa perlaksana agar sentiasa bersiap siaga dalam walau dalam keadaan apa sekalipun.

 Aktiviti ini juga mensasarkan penambahan dana kelab dimana hasil kutipan jualan tiket yang diperoleh telah dimasukkan dalam tabung kebajikan teknikal.

Koleksi filem yang ditayangkan termasuk cerita berunsurkan seram, kartun dan aksi yang telah ditapis sebelum ditayangkan kepada umum. Secara umumnya  aktiviti  ‘Movie Night’ ini mendapat sambutan  amat memberangsangkan dari kalangan  mahasiswa kolej Kelima.

Updated:: 21/07/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1510998635