83 Pelajar Jayakan Aktiviti Saling Budaya | FIFTH COLLEGE
» NEWS » 83 Pelajar Jayakan Aktiviti Saling Budaya

83 Pelajar Jayakan Aktiviti Saling Budaya

UPM, Serdang, 23 April - Kelab Penyayang Kolej Kelima dengan kerjasama Sekretariat Kebajikan, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017  telah mengadakan Program “Cultural Street 3.0” di Kolej Kelima, UPM, Serdang, Selangor. Program yang berlangsung bermula 22 April hingga 23 April 2017 ini telah dijayakan oleh 83 orang pelajar yang terdiri daripada Kelab Penyayang Kolej Kelima.

 

Objektif Program “Cultural Street 3.0“ 2017 ini adalah untuk mempamerkan tradisi bangsa atau pelbagai kaum di Malaysia termasuk pemakaian, pemakanan, kebudayaan dan lain-lain kepada para pelajar UPM. Selain itu, program ini juga dianjurkan untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali tradisi setiap bangsa dan kaum di Malaysia.

 

Antara aktiviti yang dijalankan disepanjang program berlangsung adalah gerai jualan, kaligrafi cina dan terapi kesihatan secara percuma yang ditaja oleh Cosmo Dr.  Selain itu, terdapat aktiviti permainan seperti “snake & ladder 3D”, batu seremban dan congkak. Bagi pertandingan pula, terdapat pertandingan mewarna kanak-kanak, menghias kolam, tulisan khat jawi dan “fashion show”. Disamping itu, terdapat juga Persembahan tarian Melayu, Cina dan India serta persembahan silat daripada Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi.

 

Majlis penutup program “Cultural Street 3.0” telah dirasmikan oleh wakil YBhg. Prof. Dr. Sidek Hj Abdul Aziz (Pengetua Kolej Kelima) iaitu Encik Rizal Hussain selaku Felo Kolej Kelima. Turut hadir pada malam penutup adalah barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa kolej-kolej kediaman UPM.

Updated:: 08/05/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1511033578