Warga K5 Jalin Kasih Warga Emas Cheras | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Warga K5 Jalin Kasih Warga Emas Cheras

Warga K5 Jalin Kasih Warga Emas Cheras

Warga K5 Jalin Kasih Warga Emas Cheras

CHERAS, 25 Feb - Kelab Penyayang Kolej Kelima dengan kerjasama Sekretariat Kebajikan, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017  telah mengadakan Program Tautan Kasih 1.0  (Warga Emas) di Rumah Warga Emas, Seri Kenangan, Cheras, Selangor. Seramai 44 orang pelajar Kolej Kelima telah melibatkan diri dalam program ini sebagai sukarelawan.

 

Objektif Program Tautan Kasih 1.0 (Warga Emas) 2017 ini adalah untuk meluaskan lagi hubungan pelajar universiti dengan komuniti luar dalam mempelajari tentang pentingya semangat kerjasama dan keprihatinan sesama manusia terutamanya dengan warga emas. Program ini juga dapat memperkenalkan UPM kepada masyarakat luar tentang peranan UPM sebagai pusat penjana ilmu terbaik di Malaysia.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi khidmat komuniti, dimana sukarelawan berpeluang memasak dan menghidangkan makanan kepada penghuni serta membersihkan persekitaran rumah warga emas. Selain itu, terdapat juga sesi beramah mesra bersama warga emas seperti berkongsi cerita, berpuisi, berbalas pantun dan menyanyi.

 

Pada majlis penutup program, kutipan sumbangan sebanyak RM 700.00 telah diserahkan kepada pihak Rumah Warga Emas Seri Kenangan ,Cheras oleh wakil YBhg. Prof. Dr. Sidek Hj Abdul Aziz (Pengetua Kolej Kelima) iaitu Puan Khairul Ziana Kinainah selaku penasihat dan pemantau program ini.

Updated:: 08/05/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1510999023