Proses Peralihan Kepimpinan MTM Kolej 5 Berjalan Lancar | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Proses Peralihan Kepimpinan MTM Kolej 5 Berjalan Lancar

Proses Peralihan Kepimpinan MTM Kolej 5 Berjalan Lancar

Proses Peralihan Kepimpinan MTM Kolej 5 Berjalan Lancar

Serdang – Kolej 5 sepertimana kolej-kolej yang lain akan membentuk barisan kepimpinan baru Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) bagi sesi pengajian 2017/2018. MTM merupakan kumpulan eksekutif pelajar sebagai pengantara antara pelajar Kolej Kelima dengan pengurusan kolej, manakafe felo pula bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada aktiviti atau program kendalian MTM dan juga kelab-kelab pelajar yang dinanunginya.

Pada 25 Mei 2017, yang lalu satu majlis sederhana namun meriah diadakan sebagai tanda menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan oleh barisan MTM bagi sesi 2016/2017 di samping mengalu-alukan syaf kepimpinan MTM bagi sesi 2017/2018.

“Pihak kolej 5 merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2016/2017 yang diketuai oleh Saudara Muhammad Zulsyafiq Jasni kerana telah menjalankan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik sepanjang dua semester ini.

“Di samping itu, sekalung tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kelima sesi 2017/2018 yang diketuai oleh Saudara Mohd Azman Shaari kerana berjaya terpilih untuk membantu melancarkan pengurusan kolej serta dapat mencapai objektif kolej kita iaitu membangunkan dan memartabatkan Kolej Kelima di persada kecemerlangan pendidikan negara”, ujar Prof Sidek Ab Aziz, selaku Pengetua Kolej 5 yang merasmikan majlis tersebut.

MTM Kolej 5 sentiasa menyokong aspirasi UPM iaitu ihsan tonggak kecemerlangan dan percaya bahawa kehidupan para pelajar di UPM bukan sekadar berfokuskan akademik dan sahsiah semata, malah juga merangkumi kecemerlangan kesukanan, rekreasi, kemahiran insaniah, keusahawanan, kesukarelawanan dan jaringan komuniti.

Prof Sidek turut mengingatkan “Selain itu, MTM harus selari dengan aspirasi negara dan kerajaan, tidak menyimpang dan menongkah arus. Semua ahli MTM yang terpilih dan dilantik juga mestilah berkebolehan dalam memacu kemimpinan holistik di Kolej 5.

“Setiap aktiviti yang bakal dianjurkan mestilah berfokuskan kepada pencapaian KPI, Misi, Visi dan Matlamat Kolej Kelima. yang telah digariskan.

Selanjutnya beliau menyeru para pemimpin muda Kolej 5, “Proses komunikasi antara MTM dan seluruh pelajar kolej mestilah berkesan. MTM juga perlu memupuk semangat patriotik dan perpaduan, mempunyai jati diri yang kukuh, proaktif memikirkan program yang akan memberi impak sekaligus menambahkan pendapatan Kolej Kelima yang mana akan memberi keuntungan kepada warga kolej.

“Justeru itu, segala cabaran yang bakal ditempuh oleh semua MTM sesi 2017/2018 dapat diatasi sebaik mungkin dan menjadi harapan saya semoga anda semua mampu menjalankan tugas dengan baik pada tahun hadapan bermula dari hari ini.

Katanya lagi “Jika kita mempunya banyak pilihan dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti, maka pilihlah yang terbaik. Dan jika kita tiada pilihan maka buatlah yang terbaik!”.

“Mulai sesi yang baru ini, pihak pengurusan kolej telah bersetuju mengurangkan jumlah MTM daripada 38 orang kepada 30 orang sahaja. Perubahan jumlah MTM pada kali ini bertujuan untuk menspesifikasikan lagi skop tugas setiap MTM dan harapan kami agar MTM kali ini dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang, efektif dan lebih berkualiti lagi berbanding tahun-tahun lalu.

“Walaupun jumlah MTM pada sesi 2017/2018 dikurangkan sedikit, namun anda semua tidak perlu khuatir kerana kita ada 'Skuad Lima' yang bersedia membantu kita menjayakan lagi aktiviti yang bakal dijalankan di Kolej 5” tambah beliau.

Antara program besar Kolej Kelima yang akan dijalankan pada awal semester 2017/2018  ialah Sambutan 4 Dekad Kolej Kelima meraikan penubuhan Kolej Kelima yang telah berkhidmat mulai 12 Ogos 1977.  

Oleh itu, semua MTM bolehlah mula  menggerakkan eksekutif masing-masing untuk setiap program yang dijalankan dalam Sambutan 4 dekad Kolej Kelima ini agar program ini dapat dijalankan dengan gilang gemilang. Harapan saya semoga MTM sesi 2017/2018 mampu menggalas serta menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Majlis turut dihadiri oleh staf-staf pentadbiran barisan felo yang begitu komited memajukan Kolej Kelima.

Updated:: 05/07/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1510999041