Jelajah Merentas Samudera | FIFTH COLLEGE
» ARTICLE » Jelajah Merentas Samudera

Jelajah Merentas Samudera

 ‘JELAJAH MERENTAS SAMUDERA : MISI KESUKARELAWANAN ANTARABANGSA’

 

UPM SERDANG : April 2017, Kolej Kelima telah menjalankan program Jelajah Merentas Samudera : Misi Kesukarelawanan Antarabangsa anjuran kelab Generasi Fifth sekretariat kesukarelawanan dan jaringan komuniti di sekitar Selangor dan Bogor, Indonesia.

 

Program ini merupakan satu program khidmat komuniti dan knowledge transfer yang berlangsung selama seminggu bermula 1 April hingga 8 April 2017. Antara tempat-tempat yang dituju semasa menjalankan aktiviti adalah seperti Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ihklas, Puchong, Panti Sosial Asuhan Raksa Putra, Bogor Indonesia dan juga tiga buah sekolah menengah seperti SMK Saujana Impian, SMK Cheras Jaya serta SMK Sultan Abdul Aziz Shah.

 

Program Jelajah Merentas Samudera ini telah dipantau oleh En. Mohd Rizal Bin Husain juga selaku felo pemantau kelab Generasi Fifth dan ahli jawatankuasa seramai 28 orang telah dibentuk bagi melicinkan perjalanan program. Selain itu, program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr Sidek Ab Aziz, pengetua Kolej Kelima semasa majlis malam perasmian yang berlangsung pada 28 Mac 2017.

 

Program ini bertujuan untuk menjadikan ia sebagai satu platform kepada para mahasiswa UPM khususnya mahasiswa Kolej Kelima untuk melatih diri mereka bekerjasama dan menguruskan satu program berimpak tinggi yang melibatkan budaya masyarakat luar dan juga melibatkan masyarakat negara lain. Ia juga dapat mengukuhkan Kemahiran Insaniah (KI) serta memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa kepada pembangunan agama, masyarakat dan negara.

Updated:: 04/07/2017 [sidek]

MEDIA SHARING

FIFTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389467373
0389467374
C1505866530