PIAGAM PELANGGAN | FIFTH COLLEGE
» ABOUT US » PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami staf kolej-kolej, UPM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam memberi perkhidmatan dan layanan yang cekap, jujur dan mesra untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan memastikan:

  1. pengurusan pendaftaran masuk pelajar dalam tempoh masa tidak melebihi 9 minit.
  2. pengurusan pendaftaran keluar pelajar dalam tempoh masa tidak melebihi 5 minit.
  3. aduan kerosakan akan diambil tindakan dalam masa 2 hari bekerja.
  4. keputusan penempatan pelajar kolej akan dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu sebelum cuti akhir semester kedua / sesi pengajian.
  5. permohonan pinjaman peralatan aktiviti pelajar yang lengkap akan diproses dalam masa satu hari bekerja.
  6. resit bayaran tunai akan dikeluarkan serta merta selepas bayaran dilaksanakan.
  7. notis/ surat pekeliling yang diluluskan akan ditampal pada papan kenyataan dalam masa dua hari bekerja.

 

Pelaksanaan Piagam Pelanggan adalah bertujuan untuk memajukan pentadbiran awam pada masa ini khususnya berkaitan dengan tahap perkhidmatan, meningkatkan produktiviti dan kualiti anggota-anggota perkhidmatan awam.Piagam Pelanggan juga dilihat sebagai satu mekanisma pentadbiran khusus bagi tujuan memberikan perkhidmatan berkualiti yang dapat menepati kehendak pelanggan.

Piagam Pelanggan juga mengutamakan kepuasan pelanggan samada pelanggan dalaman atau pun pelanggan luaran. Dengan adanya Piagam Pelanggan ini, pelanggan dapat mengetahui dengan jelas fungsi sesuatu jabatan / agensi kerajaan serta memudahkan mereka berurusan bagi memenuhi keperluan mereka.

 

 

Updated:: 14/07/2017 [falihin_sata]

MEDIA SHARING

C1505867113