INTRODUCTION | FIFTH COLLEGE
» ABOUT US » INTRODUCTION

INTRODUCTION

Kolej Kelima telah ditubuhkan pada 1977. Hari ini, Kolej Kelima berdiri megah sebagai sebuah kolej yang cemerlang dan tersergam indah di kampus UPM. Pembangunan yang pesat telah menjana pembangunan infrastruktur yang lengkap bukan sahaja dari segi kemudahan pembangunan akedemik, malah prasarana yang disediakan khususnya demi pembangunan sahsiah dan aktiviti pelajar.

Kolej Kelima telah dibangunkan kira-kira 35 tahun dahulu dikawasan yang dahulunya merupakan ladang bagi tanaman seperti ubi kayu, betik dan beberapa jenis tanaman tropika yang lain. Sebanyak empat (4) blok telah dibina dan dinamakan Jelawat, Kelah, Baung dan Kalui. Manakala Dewan utama pula dinamakan Dewan Sri Harmoni dan dewan Kolegiatnya dinamakan Dewan Sri Paduka.

Kolej Kelima mula beroperasi sebagai kolej kediaman pada 12 Ogos 1977 dengan jumlah penghuni pada awal semester julai 1978/1979. Sesungguhnya Kolej Kelima memerlukan "sesuatu untuk terus melayari arus pendidikan yang semakin mencabar ini". Justeru itu, bangunan pentadbiran dilaksanakan dengan kerjasama penuntut Diploma tahun satu sesi 1997, serta bantuan daripada beberapa kumpulan ladang (DCP) yang telah berkerjasama dalam usaha pengindahan ini.

Pentadbiran Kolej Kelima pada mulanya berpusat di Blok Kelah, tetapi kemudiaanya berpindah ke Blok Kalui apabila Blok Kalui mula didiami. Apabila Blok Jelawat mula didiami, sistem pentadbiran mula ditukarkan ke Pejabat Am sekarang.

Dewan makan kolej hanya diwujudkan pada lewat 1980 setelah dirasakan perlu untuk memenuhi kehendak pelajar tetapi mula diswastakan pada semester Julai 1987/1988 dan dijadikan kafeteria. Secara tidak langsung Kolej Kelima telah melakar satu lagi sejarah sebagai kolej pertama yang mempunyai sistem kafeteria.

Sejak itu, Kolej Kelima semakin berkembang seiring dengan peredaran semasa dengan mempunyai kemudahan-kemudahan seperti bilik VIP, bilik seminar (Balai Sri Putra), bilik bacaan 1, Sanggar Ilmu, bilik komputer, bilik mesyuarat (Bilik Sri Utama) bilik MTM, dan gelanggang-gelanggang sukan seperti bola tampar, sepak takraw dan badminton.

Makmal internet mula beroperasi pada sesi 1996/1997 sebagai satu lagi kemudahan dan persediaan ke arah era teknologi maklumat. Semester Mei 1999/2000 sekali lagi mengangkat imej kolej dengan terbinanya Dewan Kolegiat (Dewan Sri Paduka) yang serba canggih dan lengkap dengan bilik tetamu, bilik VIP, tandas, set sofa dan kemudahan Astro. Keunikan dan keindahan dewan ini diserikan lagi dengan lampu cendeliar. Kemudahan seumpama ini mula diikuti oleh kolej-kolej lain di UPM.

Selain itu, Kolej Kelima juga telah menyediakan sebuah bilik Muzik yang kini terletak bersebelahan dengan bilik MTM. Sementara itu,dewan makan yang menjadi kafeteria sebelum ini telah berubah menjadi dewan kuliah bermula pada semester Disember 1999/2000.

Updated:: 03/05/2017

MEDIA SHARING

C1505867132